CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Persoalan demi Persoalan..



Perasaan yang tak mampu ku halang..kau dan aku punyai perasaan sama…
Dan kita juga sama-sama tahu syariat yang Allah tetapkan buat kita…meskipun kadangkala jiwa meronta menahan bisikan syaitan dan gelojak nafsu yang seringkali ingin menguasai diri ini…

Jiwa harus percaya pada ketentuaanNya…Sekarang,kita merasakan  yang dia memang ditentukan buat kita untuk sehidup dan semati…namun adakah kita tahu pengakhiran sebuah hubungan yang tidak pasti??

Mengapa seringkali kita mengejar dunia sedangkan rahmat Illahi menjamin kesempurnaan?
Kadangkala aku buntu,aku keliru…jalan mana yang harus ku pilih..adakah kau memang ditakdirkan buatku..

"Ya Allah,jika benar dia yang kau pilih menjadi pembimbingku,pendamping setiaku ke syurga,ke jalanMu ya Allah… maka, dekatkanlah hatiku dengan hatinya… namun jika dia bukanlah ditakdirkan buatku, redhokan aku dengan ketentuanMu…jauhi aku dari perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaanMu…"

Dalam mencari pendamping setia ke syurga,jangan dilupa amanah Al-Kholik yang Maha Kuasa..
Seringkali aku merasa cemburu melihat teman-teman yang senantiasa berdampingan dengan pasangan masing-masing..namun aku??sendirian??sepi??…usah ragui ketentuan Allah..percayalah takdirmu di tangan Allah..apa yang harus kau gusarkan??tiada jodoh??
Milikilah cinta suci nan ikhlas… tidak dinodai dan tidak digusari..cinta Allah tiada penghujungnya..

Saya sayang kamu…tolong jangan buat macam ni kat saya..takkan kamu tak sayang saya..kamu tahu,kita tahu,kan??...ada ke istilah-istilah 'islamic couple ni'??..
Boleh ke kalau mak dan ayah dah tahu tentang hubungan itu,kamu dibenarkan keluar berdua-duaan jalan sana-sini??nampak kawan,lari…nyorok…tahu malu…kenape mahu menyorok kalau benda tu tak salah??malu??habis tu,tak malukah kita dengan Allah?
Boleh ke kalau makan berdua-duaan??tak salah??...ala,kami bukan buat benda apa-apa pun...makan sama je.takkan itupun tak boleh…

Ini yang sering menjadi tanda tanya buat diriku...aku syg kamu...kita sama-sama inginkan kebahagiaan yg abadi..menggapai redho Illahi dan menuju syurga abadi...

No comments: