Sayang,
Atas dasar apa kau mencintaiku???
Andai kerana kecantikan yang dimiliki,
Adakah kau akan masih kekal setia bersamaku tika kecantikanku dimamah usia??
Atas dasar apa kau mencintaiku???
Andai kerana kekayaan yang dimiliki,
Adakah kamu masih menginginkanku setelah diriku muflis,
Segala harta tergadai,
yang tinggal cuma sehelai sepinggang
Atas dasar apa kau mencintaiku???
Adakah atas dasar kebijaksanaan yang aku miliki?
Adakah kau masih akan bersama denganku andai aku hilang ingatan,
Nikmat kebijaksanaan ditarik dariku??
Atas dasar apa kau mencintaiku???
Adakah atas dasar nafsu bisikan syaitan semata-mata??
Mungkin kau akan meninggalkanku setelah melepaskan keinginanmu,
Jemu terhadapku,
Dan mula mencari yang lainnya.
Atas dasar apa kau mencintaiku???
Segalanya milik Allah,
Andai ditarik nikmat itu,adakah kau masih setia disampingku??
Adakah kau masih mencintaiku seperti dulu??
Adakah kau masih berpegang pada janjimu dulu untuk setia bersamaku??
Sayang,
Cintailah aku seadanya..
Kerana kita diciptakan untuk saling melengkapi,
Membina mahligai impian bersama
Cintailah aku keranaNya
Cintailah aku kerana agamaku
Moga kita dapat sama-sama menyemai cinta dalam redhaNya,
Nikmat agama yang kita akan pelihara bersama-sama
Kukuh ikatan tunjang perhubungan.
biar diri miskin harta,rupa yang cuma dinilai di dunia
pelihara akhlak cerminan agama
tuntutlah ilmu di mana sahaja





5 comments:
create sndiri ek?
yup...nape??
aiseyhh...tuju u sapa tu???diakah???haha
dba: siapakah dia???huhu
Post a Comment